Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Setelah sekian lama, saya kembali mengaktifkan blog yang saya namakan sebagai Syeikh Bukhair's Gallery yang akan berkongsi dan menyimpan khazanah ilmu batu permata dan hikmah sepanjang sepengetahuan yang saya ada sejak 10 tahun yang lalu.
Lama berkabung daripada urusan seumpama ini kerana kesibukan dan kenikmatan duniawi yang ditawarkan secara sementara oleh empunya dunia, sehingga pada satu saat terdetik dalam sanubari terdalam, terasa rugi kerana segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi seharusnya dikongsi dengan generasi baru, dengan harapan memberi manfaat kepada kehidupan mereka kelak.
Menggunakan nama pena Syeikh Bukhair, semoga segala perkongsian ilmu batu permata dan ilmu hikmah yang didedahkan di dalam blog ini dapat memberi sedikit sebanyak harapan kepada mereka yang berputus asa dalam kehidupan, selain dapat memberi sedikit sumbangan dalam perjuangan menghebatkan agama dan bangsa disepanjang kehidupan dunia dan berlanjutan pahalanya sehingga ke dunia yang satu lagi.
Semoga urusan ini dipermudahkan hendaknya. InshaaAllah.
No comments:
Post a Comment